DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN DALAM
ISLAM
DISEMBER 2016
ENCIK KAMALHISAM
E-FOLIO
TAJUK 10 :
HIBURAN MELAMPAU DIKENALPASTI SEBAGAI PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
DKM 5A
Bil.
|
NAMA AHLI KUMPULAN
|
NO MATRIKS
|
1
|
MUHAMMAD EZRIEN SHAH BIN EDRUS
|
02DKM14F2001
|
2
|
AHMAD BIN ABD RASHID
|
02DKM14F2015
|
3
|
MUHAMMAD AMIRUL ASSHRAF BIN AHMAD
|
02DKM14F2007
|
4
|
MUHAMMAD FARHAN AFIQ BIN MOHD AZIZAN
|
02DKM14F2010
|
PENGENALAN
Alam
remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitu tempoh
peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat
inilah seseorang mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari
identiti dan penampilan tersendiri. Ahli psikologi mengistilahkan alam
remaja sebagai ‘umur emosi’ kerana di peringkat mencari identiti, mereka sering
berhadapan dengan konflik diri di mana wujud dua pertembungan iaitu antara
sifat kanak-kanak dan keinginan serta kebimbingan untuk menempuhi alam
dewasa. Tetapi kini, remaja telah terlalu jauh meninggalkan batas
keperibadiannya serta melupakan nilai-nilai etika dan moral yang sepatutnya
tersemai di dalam diri mereka.
Selain itu, hiburan yang dihidangkan
dalam media massa dan internet sedikit
sebanyak telah mempengaruhi minda dan akhlak remaja masakini. Pelbagai
applikasi dan media media social wujud bagaikan cendawan yang turun selepas
hujan. Kandungan kandungan yang terdaat didalam media media ini kebanyakkannya
tidak ditapis mengikut kesesuaian umur.
Hiburan ialah peristiwa, persembahan atau kegiatan
yang direkabentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya
untuk permainan komputer, 'penonton mungkin hanya seorang sahaja. Para
penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau
secara aktif seperti dalam permainan komputer. Industri yang membekalkan
hiburan digelar sebagai industri hiburan.
Pada umumnya, bermain dan membaca, serta penghargaan
seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana
hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali
dalam permainan komputer.
PERNYATAAN
MASALAH
Dewasa ini, keruntuhan moral dan
akhlak remaja berada pada tahap yang agak membimbangkan. Oleh itu timbul
persoalan di sini, adakah nilai-nilai murni yang disemai dan dipelihara sudah
lusuh rentetan daripada pemodenan mental dan kebendaan. Apakah mereka
tidak mampu untuk mengadaptasikannya dengan perubahan budaya barat yang pesat
melanda negara kita?
OBJEKTIF
KAJIAN
Objektif kajian ini
adalah untuk :
I.
Mengenalpasti punca yang menyebabkan
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di Malaysia
II.
Mengetahui kesan kesan buruk dari hiburan
yang berlebihan ke atas remaja masakini
III.
Memberi cadangan yang mampu membantu
mengurangkan kesan kesan negatif terhadap hiburan yang berlebihan
PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU
Hedonisme ialah pegangan
atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar
atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah
mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia
terutamanya dikalangan muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira
bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan
dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka
yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan
mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Pada dasarnya, Islam
mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah
kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis rasulullah SAW yang
diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud:
“Sesungguhnya
abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orng
ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada
hari peperangan bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu
bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan
pada hari ini adalah hari raya aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar,
sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”. (Ibnu
majah) .
Salah satu faktor penting yang
menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti mediamassa samaada
media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak
kepada aspek hiburan. Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang
menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini
dinyatakan oleh al-syeikh yusuf al-qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat
menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian.
Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri
kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa (jabatan
kemajuan islam Malaysia).
Terdapat
banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya
ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja,
seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh
itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke
jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling
cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka
tahu perkara itu salah. Oleh kerana ‘darah muda’ remaja yang pantang
dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun
mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya
gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya
menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk
menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak
akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih
jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk
mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas
melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang
salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah
teruk. Bak kata pepatah ‘sudah terhantuk, baru terngadah’.
Antara
punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini,
media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media
massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang
terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara diam. Cerita-cerita
yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media
massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja
untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja
semakin menjadi-jadi.
Di samping itu,
sifat semulajadi remaja juga sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi
lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti
haram. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan
jenayah untuk melakukan aktiviti haram dan seterusnya menyebabkan akhlak
mereka bertambah rosak.
Akhir
sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri
kalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk
mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap
perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat
didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa mereka. Mereja tidak dapat
membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan.
Oleh itu, beberapa garis panduan tentang hiburan
telah dikeluarkan seperti yang berikut:
1. Program
hiburan
• Bermatlamatkan
kebaikan dan kesejahteraan.
• Diadakan
di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu
ketenteraman awam
dan orang ramai
• Mengambil
kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
• Tidak
disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
• Tidak
mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis
atau permusuhan.
• Tidak
mengandungi unsur-unsur pemujaan atau pemyembahan yang bertentangan dengan
ajaran Islam.
2. Persembahan
muzik
• Tidak
menimbulkan gerak- geri liar.
• Tidak
mendorongkan kepada perbuatan maksiat
• Tidak
melalaikan
3. Hayati
Lirik
• Kalimah
syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
• Tidak
memngandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah,
menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa
• Tidak
mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
• Tidak
mengandungi ungkapan- ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
• Tidak
mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam
• Tidak
mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitrah dan seumpamanya
• Tidak
boleh menjadikan teks Al- Quran sebagai lirik.
4. Persembahan
artis
• Berinteraksi
dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina
nilai-nilai kemanusiaan.
• Berpakaian
kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
• Tidak
melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang
mendorong kepada maksiat dan menghina Islam
• Tidak
mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama
Islam.
5. Persembahan
tarian
• Berpakaian
kemas, sopan setra tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi
penonton dantidak bercanggah dengan kehendak Islam.
• Gerak
tari yang yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
• Tidak
berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
• Tidak
bertujuan pemujaan atau penyembahan.
• Tidak
dipersembahkan dengan Gaya yang memberahikan.
Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada
keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan
kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi
juga dalam keluarga yang berjaya.
Anak-anak
muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan
trend dunia mereka. Jiwa ‘terguris’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai
satu budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan
sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup
menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya
pergi berhibur di tempat-tempat lain.
KESAN
KESAN BURUK AKIBAT HIBURAN YANG BERLEBIHAN
Menjengah siaran-siaran di kaca televisyen,
begitu banyak rancangan-rancangan hiburan nyanyian atau tarian berbentuk
realiti seperti “Akademi Fantasia”,”Mentor Milenia”,”SuperStar”,”Gegar Vaganza”
dan sebagainya yang melibatkan kanak-kanak sehingga peringkat yang berumur
Rancangan-rancangan ini secara tidak langsung turut memaparkan
percampuran bukan muhrim, pendedahan aurat melalui pakaian yang menjolok mata
dan tarian-tarian yang mengghairahkan. Adakah perkara yang dipertontonkan ini
dapat membangun jiwa seseorang insan? Pada hakikatnya, sudah tentu
anasir-anasir negatif ini tidak membangun jiwa seseorang insan tetapi boleh
meruntuhkan akhlak dan jiwa mereka khususnya anak-anak muda. Hal ini kerana
rancangan-rancangan ini menjadi faktor kepada anak-anak muda taasub kepada
hiburan, lalai dalam mengingati Allah, tidak berminat dengan ilmu agama dan
menambah titik hitam di hati apabila melihat artis berpakaian terdedah.
Pendedahan yang berterusan dengan
program-program hiburan tersebut menjadikan jiwa dan minda mereka sempit dan
terbatas dalam lingkungan perkara-perkara berkaitan hiburan semata-mata. Malah,
terdapat segelintir anak-anak muda yang mengganggap artis sebagai idola mereka
sehingga bahan bacaan mereka terhad kepada mengikuti gosip-gosip artis di
blog-blog picisan, ruangan gosip di akhbar dan majalah-majalah hiburan. Perkara
ini dilihat tidak membangun jiwa dan minda mereka yang sepatutnya dibangunkan
dengan kesedaran rohani dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Jiwa seseorang insan
sepatutnya diisi dengan selawat dan zikir-zikir mengingati Allah dan Rasul
bukannya dipenuhkan dengan hiburan lagu-lagu yang mengagungkan cinta kepada
manusia melebihi cinta kepada Pencipta.
Hiburan yang berlebihan ternyata merosakkan
jiwa anak-anak muda. Selain
rancangan hiburan nyanyian berbentuk realiti, kecondongan anak-anak muda kepada
drama-drama cinta yang banyak disajikan di kaca televisyen juga tidak dapat
dinafikan hakikatnya. Drama-drama yang popular seperti “Sayangku Kapten
Mukhriz”, “Suri Hati Mr.Pilot”, “7 Hari Mencintaiku” ,”Isteri Tuan Ihsan”dan
sebagainya mencatatkan angka tontonan yang tinggi. Plot yang berkisarkan
mengenai cinta antara lelaki dan perempuan yang sudah tentu diakhiri dengan
pengakhiran cerita yang bahagia menyebabkan jiwa dan minda anak-anak muda terarah
kepada cinta antara pasangan kekasih.
Minda mereka mudah terkhayal untuk mendapatkan
pasangan yang sempurna seperti dipaparkan menerusi drama-drama tersebut. Lebih
buruk lagi apabila drama-drama tersebut bersiaran pada waktu Maghrib sehingga
menyebabkan anak-anak muda melengah-lengahkan solat atau lupa menunaikan
kewajipan dan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t. Jika dinilai dari sudut
pembangunan jiwa insan, sudah tentu drama-drama yang ditonjolkan itu tidak
membangun jiwa mereka kerana meninggalkan impak yang buruk iaitu melalaikan
hati mereka untuk mengingati Allah.
CARA-CARA PENYELESAIANNYA
Antara
penyelesaiannya ialah remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama.
Di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul dengan orang
yang lebih arif dalam bidang agama serta mendekatkan diri dengan ilmuan.
Buku-buku ilmiah juga boleh dijadikan sebagai rujukan. Selain itu,
berkawan dengan kawan yang rapat dapat membantu dalam pelajaran dan mengajak
kepada kebaikan serta positif dalam memikirkan kehidupan dalam arus kemodenan.
Ibu bapa
berperanan dalam memberi perhatian dalam mendidik anak-anak dan juga
mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka. Bak kata
pepatah Melayu ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Mereka juga perlu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima
kelemahan diri serta meneroka potensi anak.
Langkah-langkah
pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat
sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu
remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik
dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Tambahan pula, pendekatan akademik. Ini
boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan
separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga
dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar
kelas.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti
polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak
pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Di mana
kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang
terakhir.
CARA MEMBERIKAN HIBURAN POSITIF
UNTUK KELUARGA
1.
Pilihlah hiburan yang mendidik
Di
zaman yang terus maju seperti sekarang, makin sukar unuk mendapatkan hiburan
yang mendidik di tayangan di mediamassa, hampir semua tayangan hanya mengejar
rating tanpa mementingkan kualiti dan kuantiti suatu tayangan. Maka dari itu
tugas sebagai ibu bapa adalah penting untuk memberi pededahan yang tepat bagi
mendidik anak.
2.
Pilihlah hiburan yang lagi trend
Ini
juga merupakan hal yang penting kerana hiburan yang lagi trend biasanya jenis
hiburan yang sedang banyak dinikmati oleh orang – orang, contoh standup comedy.
Akan tetapi kita harus tetap mengawasi keluarga kita kerana jangan sampai
mereka tanpa sengaja melihat sesuatu yang salah dari hiburan tersebut.
3.
Pilihlah hiburan yang memiliki pesan moral
Ini
adalah faktor yang sering dilupakan oleh para ibu bapa. Hiburan yang memiliki
pesan moral juga kini jarang kita jumpai di tayangan mediamassa, maupun
kehidupan sehari – hari. Mungkin kerana hiburan jenis ini memerlukan pengamatan
yang teliti agar faham pesan moral yang dimiliki di dalam hiburan.
4.
Biarkan mereka memilih, tapi Awasi
Mengapa
tidak jika ibubapa membiarkan mereka memilih. Mebiarkan mereka memilih tentunya
memberikan mereka kebebasan untuk berkarya dan mencari inspirasi. Ini juga
penting kerana jangan sampai kita terlalu kekang dalam mendidik mereka sehingga
tanpa sadar kita telah membatasi imajinasi dan inspirasi mereka yang begitu
besar.
5.
Pilihlah waktu hiburan yang tepat
Memilih
waktu hiburan yang tepat tentunya bisa melepaskan semua rasa penat yang sudah
dilalui setiap anggota keluarga. Maka ibubapa, dari itu pintar – pintarlah
memilih dalam waktu hiburan yang tepat untuk keluarga.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
HEDONISME
Gaya
hidup hedonisme tentu ada penyebabnya. Ada banyak faktor ekstrinsik (faktor
yang datang dari luar) yang memicu emosi mereka menjadi hamba hedonism, antara
lain:
Keseronokan
itu sebagai ‘trend’
Hedonisme
yang semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan
sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam
hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja
pada masa kini. Bagi mereka hidup dalam usia-muda hanya sekali. Oleh sebab itu,
mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya
agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan
Orang
tua dan kaum kerabat
Orang
tua dan kerabat adalah penyebab utama generasi mereka menjadi hedonisme. Orang
tua lalai untuk mewarisi anak dengan normal dan gaya hidup timur yang punya
spiritual. Orang tua tidak banyak mencampurtangankan anak tentang hal
spiritual. Sebagian orang tua jarang yang ambil pusing apakah anak sudah
melakukan sholat atau belum, apakah lidahnya masih terbata- bata membaca alif
–ba-ta, dan tidak sedih melihat remaja mereka kalau tidak mengerti dengan nilai
puasa.
Tidak
mempunyai aspirasi dan perancangan dalam hidup
Remaja
yang berpengang dengan prinsip sebegini tidak mempunyai aspirasi dan
perancangan dalam hidup. Di samping itu, mereka tidak mengambil berat tentang
erti buang masa dan mengisi masa mereka dengan berhibur sepanjang masa. Selain
membuang masa, mereka juga mengikut cara Barat seratus peratus seperti pakaian,
tingkah laku dan kegiatan yang mereka lakukan.
Keruntuhan
institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga
Konflik
diri yang melanda diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi punca berlakunya
hedonisme. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang
berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan
kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan
di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami
perasaan dan masalah mereka. Dengan Cara itu, mereka dapat melupakan masalah
yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.
Faktor
Bacaan
Faktor
bacaan memang dapat mencuci otak mahasiswa untuk menjadi orang yang memegang
prinsip hedonisme. Adalah kebiasaan mahasiswa kalau pulang kampus pergi dulu ke
tempat keramaian, pasar, paling kurang mampir di kios penjualan majalah dan
tabloid. Mereka senang dengan bacaan mengenai trend atau gaya hidup terbaru dan
entertainment sehingga timbul keinginan untuk mengikuti atau menirunya.
Mencari
ketenangan di luar bersama rakan-rakan
Kehidupan
yang terkongkong serta tidak bebas juga memberi tekanan kepada remaja
seterusnya menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari
rumah bagi memenuhi tuntutan jiwa yang banyak masalah. Remaja yang tidak
mempunyai tempat pergantungan yang kukuh juga menjadi alasan bagi mereka untuk
mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan yang pastinya menjanjikan seribu
keseronokan dan kepuasan kepada mereka.
Kecuaian
ibu bapa
Sikap
ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang
kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan menghabiskan masa
terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan ibu bapa pada hari
ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistic semata-mata
sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa
tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian dan kasih sayang.
Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka
tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta
keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib
yang sama.
Pengaruh
tontonan
Pengaruh
tontonan, tayangan televisi (profil sinetron, liputan tokoh selebriti dan
iklan) juga mengundang mahasiswa untuk mengejar hedonisme. Isinya banyak
mengupas tema tema berpacaran, ciuman, pelukan, perceraian, pernikahan.
‘Cubalah dan lakukanlah!’ seolah-olah beginilah ajakan misi mediamassa dan
majalah yang tidak banyak mendidik, kecuali hanya banyak menghibur.
KESIMPULAN
Remaja kita tidak mementingkan perihal
tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka,
tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan
keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang
bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam
lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11
hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja
kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang
pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang
perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Memilih gaya hidup hedonime,
terus terang tidak akan pernah memberikan kepuasan dan kebahagiaan. Ibarat
minum air garam, makin diminum makin haus. Bagi yang belum terlanjur menjadi
penggemar hedonisme maka segeralah berpatah balik ke jalan yang benar.
Bahwa kebahagian hidup ada pada hati yang bersih, saatnya bagi kita kembali
untuk menyuburkan akar-akar spiritual - kembali ke jalan Ilahi, tumbuhkan jiwa
peduli pada sesama- buang jauh-jauh sikap selfish (mementingkan diri sendiri),
dan memiliki kekuatan – kuat otak, kuat otot, kuat kemampuan berkomunikasi,
kuat beribadah, dan kuat mencari rezeki.
Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang
melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi
masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala
sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang
meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di
seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu
memainkan peranan yang tinggi dalam memdidik anak anak mereka supaya menjadi
jenerasi yang berguna pada masa hadapan.
LAMPIRAN
Gambar Dari Keratan Akhbar :
I.
RUJUKAN
- http://allpolyteknikmodul.blogspot.my/2012/09/isu-isu-moral-semasa-remaja-unit-3.html?m=1 Aziz Deraman (2000). Tamadun
Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. K.
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
- · Hamka (2006). Falsafah Hidup.
Selangor: Percetakan Rahim Razak Sdn. Bhd.
- · Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(2009).Garis Panduan Hiburan dalam Islam.
- · Mohd. Sood Chik (2010). Pergaulan
Bebas dalam Kalangan Mahasiswa IPT Awam dan Swasta Terengganu dan
Penyelesaiannya Menurut Islam, UKM, Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian
Islam.
- · Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd
Sukri dan Alias Mat Saad (2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
- ·
http://zaimhilmi/Blogspot.my/2010/05/jangan-suburkan-budaya-hiburan-melampau.htm.
- · www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/umat-islam-lalai-dengan-hiburan-melampau-1.32868.