Wednesday 29 March 2017

Hiburan Melampau



DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM
ISLAM
DISEMBER 2016
ENCIK KAMALHISAM

E-FOLIO
 TAJUK 10 : HIBURAN MELAMPAU DIKENALPASTI SEBAGAI PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
DKM 5A


Bil.


NAMA AHLI KUMPULAN

NO MATRIKS

1

MUHAMMAD EZRIEN SHAH BIN EDRUS

02DKM14F2001

2

AHMAD BIN ABD RASHID

02DKM14F2015


3

MUHAMMAD AMIRUL ASSHRAF BIN AHMAD

02DKM14F2007

4

MUHAMMAD FARHAN AFIQ BIN MOHD AZIZAN

02DKM14F2010











PENGENALAN
          
           Alam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitu tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa.  Pada peringkat inilah seseorang mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari identiti dan penampilan tersendiri.  Ahli psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai ‘umur emosi’ kerana di peringkat mencari identiti, mereka sering berhadapan dengan konflik diri di mana wujud dua pertembungan iaitu antara sifat kanak-kanak dan keinginan serta kebimbingan untuk menempuhi alam dewasa.  Tetapi kini, remaja telah terlalu jauh meninggalkan batas keperibadiannya serta melupakan nilai-nilai etika dan moral yang sepatutnya tersemai di dalam diri mereka.
           
                  Selain itu, hiburan yang dihidangkan dalam media massa dan internet  sedikit sebanyak telah mempengaruhi minda dan akhlak remaja masakini. Pelbagai applikasi dan media media social wujud bagaikan cendawan yang turun selepas hujan. Kandungan kandungan yang terdaat didalam media media ini kebanyakkannya tidak ditapis mengikut kesesuaian umur.

Hiburan ialah peristiwa, persembahan atau kegiatan yang direkabentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer, 'penonton mungkin hanya seorang sahaja.  Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan komputer.  Industri yang membekalkan hiburan digelar sebagai industri hiburan.

Pada umumnya, bermain dan membaca, serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan komputer.



PERNYATAAN MASALAH

                  Dewasa ini, keruntuhan moral dan akhlak remaja berada pada tahap yang agak membimbangkan.  Oleh itu timbul persoalan di sini, adakah nilai-nilai murni yang disemai dan dipelihara sudah lusuh rentetan daripada pemodenan mental dan kebendaan.  Apakah mereka tidak mampu untuk mengadaptasikannya dengan perubahan budaya barat yang pesat melanda negara kita?



OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

                      I.        Mengenalpasti punca yang menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di Malaysia

                    II.        Mengetahui kesan kesan buruk dari hiburan yang berlebihan ke atas remaja masakini

                   III.        Memberi cadangan yang mampu membantu mengurangkan kesan kesan negatif terhadap hiburan yang berlebihan















PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU



Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
            Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud:
“Sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orng ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”. (Ibnu majah) .
            Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti mediamassa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan. Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-syeikh yusuf al-qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa (jabatan kemajuan islam Malaysia).


                    
            Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja.  Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya.  Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga.  Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang.  Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah.  Oleh kerana ‘darah muda’ remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia.
                                                       
             Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini.  Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.  Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang.  Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah.  Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk.  Bak kata pepatah ‘sudah terhantuk, baru terngadah’. 

           Antara punca lain ialah pengaruh media massa.  Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian.  Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara diam.  Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa.  Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

         Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.  Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram.  Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram  dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.

           Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini.  Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka.  Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa mereka.  Mereja tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. 










Oleh itu, beberapa garis panduan tentang hiburan telah dikeluarkan seperti yang berikut:


1.            Program hiburan


•           Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
•           Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman          awam dan orang ramai
•           Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
•           Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
•           Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
•           Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau pemyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

2.            Persembahan muzik


•           Tidak menimbulkan gerak- geri liar.
•           Tidak mendorongkan kepada perbuatan maksiat
•           Tidak melalaikan

3.            Hayati Lirik


•           Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
•           Tidak memngandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa
•           Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
•           Tidak mengandungi ungkapan- ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
•           Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam
•           Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitrah dan  seumpamanya
•           Tidak boleh menjadikan teks Al- Quran sebagai lirik.


4.            Persembahan artis 


•           Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
•           Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
•           Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam
•           Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

5.            Persembahan tarian


•           Berpakaian kemas, sopan setra tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dantidak bercanggah dengan kehendak Islam.
•           Gerak tari yang yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
•           Tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
•           Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
•           Tidak dipersembahkan dengan Gaya yang memberahikan.
                                                                                                                                                                                                                                                                                             
Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.
  Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘terguris’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai satu budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.




KESAN KESAN BURUK AKIBAT HIBURAN YANG BERLEBIHAN

Menjengah siaran-siaran di kaca televisyen, begitu banyak rancangan-rancangan hiburan nyanyian atau tarian berbentuk realiti seperti “Akademi Fantasia”,”Mentor Milenia”,”SuperStar”,”Gegar Vaganza” dan sebagainya yang melibatkan kanak-kanak sehingga peringkat yang berumur  Rancangan-rancangan ini secara tidak langsung turut memaparkan percampuran bukan muhrim, pendedahan aurat melalui pakaian yang menjolok mata dan tarian-tarian yang mengghairahkan. Adakah perkara yang dipertontonkan ini dapat membangun jiwa seseorang insan? Pada hakikatnya, sudah tentu anasir-anasir negatif ini tidak membangun jiwa seseorang insan tetapi boleh meruntuhkan akhlak dan jiwa mereka khususnya anak-anak muda. Hal ini kerana rancangan-rancangan ini menjadi faktor kepada anak-anak muda taasub kepada hiburan, lalai dalam mengingati Allah, tidak berminat dengan ilmu agama dan menambah titik hitam di hati apabila melihat artis berpakaian terdedah.

Pendedahan yang berterusan dengan program-program hiburan tersebut menjadikan jiwa dan minda mereka sempit dan terbatas dalam lingkungan perkara-perkara berkaitan hiburan semata-mata. Malah, terdapat segelintir anak-anak muda yang mengganggap artis sebagai idola mereka sehingga bahan bacaan mereka terhad kepada mengikuti gosip-gosip artis di blog-blog picisan, ruangan gosip di akhbar dan majalah-majalah hiburan. Perkara ini dilihat tidak membangun jiwa dan minda mereka yang sepatutnya dibangunkan dengan kesedaran rohani dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Jiwa seseorang insan sepatutnya diisi dengan selawat dan zikir-zikir mengingati Allah dan Rasul bukannya dipenuhkan dengan hiburan lagu-lagu yang mengagungkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Pencipta.


Hiburan yang berlebihan ternyata merosakkan jiwa anak-anak muda. Selain rancangan hiburan nyanyian berbentuk realiti, kecondongan anak-anak muda kepada drama-drama cinta yang banyak disajikan di kaca televisyen juga tidak dapat dinafikan hakikatnya. Drama-drama yang popular seperti “Sayangku Kapten Mukhriz”, “Suri Hati Mr.Pilot”, “7 Hari Mencintaiku” ,”Isteri Tuan Ihsan”dan sebagainya mencatatkan angka tontonan yang tinggi. Plot yang berkisarkan mengenai cinta antara lelaki dan perempuan yang sudah tentu diakhiri dengan pengakhiran cerita yang bahagia menyebabkan jiwa dan minda anak-anak muda terarah kepada cinta antara pasangan kekasih.

Minda mereka mudah terkhayal untuk mendapatkan pasangan yang sempurna seperti dipaparkan menerusi drama-drama tersebut. Lebih buruk lagi apabila drama-drama tersebut bersiaran pada waktu Maghrib sehingga menyebabkan anak-anak muda melengah-lengahkan solat atau lupa menunaikan kewajipan dan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t. Jika dinilai dari sudut pembangunan jiwa insan, sudah tentu drama-drama yang ditonjolkan itu tidak membangun jiwa mereka kerana meninggalkan impak yang buruk iaitu melalaikan hati mereka untuk mengingati Allah. 











CARA-CARA PENYELESAIANNYA

           
          Antara penyelesaiannya ialah remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama.  Di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul dengan orang yang lebih arif dalam bidang agama serta mendekatkan diri dengan ilmuan.  Buku-buku ilmiah juga boleh dijadikan sebagai rujukan.  Selain itu, berkawan dengan kawan yang rapat dapat membantu dalam pelajaran dan mengajak kepada kebaikan serta positif dalam memikirkan kehidupan dalam arus kemodenan.

           Ibu bapa berperanan dalam memberi perhatian dalam mendidik anak-anak dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.  Bak kata pepatah Melayu ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.  Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.  

         Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.  Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.  Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 


  Tambahan pula, pendekatan akademik.  Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.  Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 

             Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah.  Di mana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir. 



















CARA MEMBERIKAN HIBURAN POSITIF UNTUK KELUARGA


1. Pilihlah hiburan yang mendidik
Di zaman yang terus maju seperti sekarang, makin sukar unuk mendapatkan hiburan yang mendidik di tayangan di mediamassa, hampir semua tayangan hanya mengejar rating tanpa mementingkan kualiti dan kuantiti suatu tayangan. Maka dari itu tugas sebagai ibu bapa adalah penting untuk memberi pededahan yang tepat bagi mendidik anak.

2. Pilihlah hiburan yang lagi trend
Ini juga merupakan hal yang penting kerana hiburan yang lagi trend biasanya jenis hiburan yang sedang banyak dinikmati oleh orang – orang, contoh standup comedy. Akan tetapi kita harus tetap mengawasi keluarga kita kerana jangan sampai mereka tanpa sengaja melihat sesuatu yang salah dari hiburan tersebut.

3. Pilihlah hiburan yang memiliki pesan moral
Ini adalah faktor yang sering dilupakan oleh para ibu bapa. Hiburan yang memiliki pesan moral juga kini jarang kita jumpai di tayangan mediamassa, maupun kehidupan sehari – hari. Mungkin kerana hiburan jenis ini memerlukan pengamatan yang teliti agar faham pesan moral yang dimiliki di dalam hiburan.

4. Biarkan mereka memilih, tapi Awasi
Mengapa tidak jika ibubapa membiarkan mereka memilih. Mebiarkan mereka memilih tentunya memberikan mereka kebebasan untuk berkarya dan mencari inspirasi. Ini juga penting kerana jangan sampai kita terlalu kekang dalam mendidik mereka sehingga tanpa sadar kita telah membatasi imajinasi dan inspirasi mereka yang begitu besar.




5. Pilihlah waktu hiburan yang tepat
Memilih waktu hiburan yang tepat tentunya bisa melepaskan semua rasa penat yang sudah dilalui setiap anggota keluarga. Maka ibubapa, dari itu pintar – pintarlah memilih dalam waktu hiburan yang tepat untuk keluarga.




















FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HEDONISME

Gaya hidup hedonisme tentu ada penyebabnya. Ada banyak faktor ekstrinsik (faktor yang datang dari luar) yang memicu emosi mereka menjadi hamba hedonism, antara lain:

Keseronokan itu sebagai ‘trend’
Hedonisme yang semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa kini. Bagi mereka hidup dalam usia-muda hanya sekali. Oleh sebab itu, mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan

Orang tua dan kaum kerabat
Orang tua dan kerabat adalah penyebab utama generasi mereka menjadi hedonisme. Orang tua lalai untuk mewarisi anak dengan normal dan gaya hidup timur yang punya spiritual. Orang tua tidak banyak mencampurtangankan anak tentang hal spiritual. Sebagian orang tua jarang yang ambil pusing apakah anak sudah melakukan sholat atau belum, apakah lidahnya masih terbata- bata membaca alif –ba-ta, dan tidak sedih melihat remaja mereka kalau tidak mengerti dengan nilai puasa.

Tidak mempunyai aspirasi dan perancangan dalam hidup
Remaja yang berpengang dengan prinsip sebegini tidak mempunyai aspirasi dan perancangan dalam hidup. Di samping itu, mereka tidak mengambil berat tentang erti buang masa dan mengisi masa mereka dengan berhibur sepanjang masa. Selain membuang masa, mereka juga mengikut cara Barat seratus peratus seperti pakaian, tingkah laku dan kegiatan yang mereka lakukan.

Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga
Konflik diri yang melanda diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi punca berlakunya hedonisme. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan Cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.

Faktor Bacaan
Faktor bacaan memang dapat mencuci otak mahasiswa untuk menjadi orang yang memegang prinsip hedonisme. Adalah kebiasaan mahasiswa kalau pulang kampus pergi dulu ke tempat keramaian, pasar, paling kurang mampir di kios penjualan majalah dan tabloid. Mereka senang dengan bacaan mengenai trend atau gaya hidup terbaru dan entertainment sehingga timbul keinginan untuk mengikuti atau menirunya.


Mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan
Kehidupan yang terkongkong serta tidak bebas juga memberi tekanan kepada remaja seterusnya menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari rumah bagi memenuhi tuntutan jiwa yang banyak masalah. Remaja yang tidak mempunyai tempat pergantungan yang kukuh juga menjadi alasan bagi mereka untuk mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan yang pastinya menjanjikan seribu keseronokan dan kepuasan kepada mereka.





Kecuaian ibu bapa
Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistic semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian dan kasih sayang. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang  sama.

Pengaruh tontonan
Pengaruh tontonan, tayangan televisi (profil sinetron, liputan tokoh selebriti dan iklan) juga mengundang mahasiswa untuk mengejar hedonisme. Isinya banyak mengupas tema tema berpacaran, ciuman, pelukan, perceraian, pernikahan. ‘Cubalah dan lakukanlah!’ seolah-olah beginilah ajakan misi mediamassa dan majalah yang tidak banyak mendidik, kecuali hanya banyak menghibur.















KESIMPULAN
        
 Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.

Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Memilih gaya hidup hedonime, terus terang tidak akan pernah memberikan kepuasan dan kebahagiaan. Ibarat minum air garam, makin diminum makin haus. Bagi yang belum terlanjur menjadi penggemar hedonisme maka segeralah berpatah balik ke jalan yang benar. Bahwa kebahagian hidup ada pada hati yang bersih, saatnya bagi kita kembali untuk menyuburkan akar-akar spiritual - kembali ke jalan Ilahi, tumbuhkan jiwa peduli pada sesama- buang jauh-jauh sikap selfish (mementingkan diri sendiri), dan memiliki kekuatan – kuat otak, kuat otot, kuat kemampuan berkomunikasi, kuat beribadah, dan kuat  mencari  rezeki.

Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam memdidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.





















LAMPIRAN
Gambar Dari Keratan Akhbar :

                                                       I.       


 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUR2D4Am3Fsv1em6kwCZkJuUg4mlLjptwRl01bdzAx1FBOAxrVau06b4cTEN6ismeit4AlIAZLdiT9-adDWXHoiYGSk1vZcQys5K0rEmULXezYtlI5DN5zKAzPwH_fGQE_2e74brbudmU/s320/1rLwAkN.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiper53fz__vzy5oip7oh7c76KOOU92vGSGHddZx4PQigAOhWbdbdroIFCX38lbaZ2cFteWEe2Lt489NZckzSFgZ_gwSvlj6SNIttFu9nKgcCZ-EU5kMIA8LEqKwtHGpb6gbv2Fh7qijI/s320/Aksi-Peluk-Cium-K-Pop.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6mStWV0_N1EiRPYbKaG0t6REGcrZFTc9MoAhdWM8VsYZqknuwbvkwF_-wwOg4LNyAJ72OeFPaNarJIS7dycyOjxXvmmcxP9sPEiVrtd_24YQbLcUdiBLV4eKjBoluNmZM77OPqJ_LWyo/s320/konsert+2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCM_vGHQ94YGb_hLavtCMgzp6qgefVY9Fhb25jcJt-WcwUbQbPtSU-okv_z7SShK41Zkt6qbbQlYnGRRC2WjweFyaHjip7v6OEstQK1nFUXp0uCiYdBId00J0c3tcQttjiF20wDtF3LpI/s1600/index.v.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjt-akQjUzEpCI5HlJbS_gN7X4ljfrfHbpP_I9SsStwcaOABntLImwZ23Rma3VeYj-8kUHWgY5ZxsAxU-VWMHOME4ia4nv45lgCSds7xiDE83FxfIfaUkXzi-suA-e4PRSSzxf8yKIwtzI/s320/Pelajat_IPT_salah_guna_dadah_meningkat.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpRohr32JivBLQIuks1nOUFHeiN7v_6f5suIqIKQSzyuJ-kU7IvM0Vtew4zVWXB3ATDvcMRpqU3bZLHGDhkMSuAPMkBwnArrdGJZFz2yrKAZwcBjBV3PoAPL7SFHdsGUS0LlFy-QLNZTY/s320/hbn+2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgt_0x-XMjDWIuN8mxse4YlLAFl5zTLv0ekhSvG252FHm8nRDIbSU91b6W1ATrM4AhiAyEE8uFaIzfdICxHnAP9yd7mQNY2OR9NgHpnFjYs-0TBxMBf4aldtOh0uSMaLVs8nVIFyYzPNbA/s320/20110622_Remaja_minum_bir_depan_surau_53.jpg





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSlT5uYzeSkAqEjShUc0CrcDPguBP080JN_TA1XsldHrCn8lgDSaW8JyDB3PD8MUxLdayiQz-Xb_aaFUk_3hqu88Mbz4lpe28OS3L3r1acVnbitxueVTjglpzo1Ds89_wLpUCamUYrJFg/s320/buli.transformed.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4kfINccY_sJu7GGHjGqCgMjQUxpMqIW4xGZCwtz5CtvW8GaqCT5_Fgc8nlZ7D5ExYqcSArGTCkfD3mZaOC1zH_AC9ZlnYE4U_bmKbgeYDT9R-UjRVZ10et6kDvttJ83CKUS7fWV1N6xs/s1600/index+1.jpg

























RUJUKAN


  • http://allpolyteknikmodul.blogspot.my/2012/09/isu-isu-moral-semasa-remaja-unit-3.html?m=1         Aziz Deraman (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. K.   Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • ·         Hamka (2006). Falsafah Hidup. Selangor: Percetakan Rahim Razak Sdn. Bhd.
  • ·         Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2009).Garis Panduan Hiburan dalam Islam.
  • ·         Mohd. Sood Chik (2010). Pergaulan Bebas dalam Kalangan Mahasiswa IPT Awam dan Swasta Terengganu dan Penyelesaiannya Menurut Islam, UKM, Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam.
  • ·         Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri dan Alias Mat Saad (2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
  • ·         http://zaimhilmi/Blogspot.my/2010/05/jangan-suburkan-budaya-hiburan-melampau.htm.
  • ·         www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/umat-islam-lalai-dengan-hiburan-melampau-1.32868.



2 comments:

  1. Makalah yang bagus... semoga blognya berkembang terus... Saya ingin berbagi artikel tentang Florence sepanjang Sungai Arno di https://stenote-berkata.blogspot.hk/2018/04/florence-sepanjang-sungai-arno.html
    Lihatlah juga videonya di Youtube https://youtu.be/Wzp8pgiZn7c

    ReplyDelete
  2. bagus artikelnya tentang apa arti hiburan, semoga dapat bermanfaat bagi siaa saja yg membacanya. bagi saya menambah ilmu juga

    ReplyDelete